Saturday, June 6, 2009

Aku dan Dia..

Cuti sekolah ini, banyak betul undangan walimatulurus yang aku terima.. Ada yang dari rakan ayahku, dari orang kampung, sedara jauh dan tak kurang juga dari rakan sekolah lamaku..

Hari ini 6hb Jun aku diajak seseorang untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang rakan lama sekolahku, Hajar.. Seseorang itu mestilah yang istimewa dihatiku.. Siapa lagi kalau bukan Azliana.. Gadis impianku sejak dulu lagi.. Hehehe

Bagai bulan jatuh ke riba, aku terus bersetuju untuk menemani dia menghadiri majlis itu yang berlangsung di Taman Guar Perahu, kediaman bekas rakan sekelasku.. Dia berjanji untuk menunggu aku di persimpangan taman tersebut..

Jam 1.40 petang aku tiba di tempat yang dijanjikan setelah menunaikan solat zohor di Masjid Kubang Semang.. Tak disangka, dia memakai baju kurung putih yang bercorak bunga berwarna hijau, sedondon denganku.. Macam sudah berjanji je.. "Nampaknya macam ada jodoh je ni", detik hati kecilku.. Huhuhuhu

Tengah hari itu, aku tengok dia begitu anggun sekali.. Bukan senang nak melihatnya menggayakan baju kurung.. Terik tengah hari itu tak menampakkan cela baginya.. Dari jauh aku melihat wajahnya senyum padaku tatkala aku menuju ke tempatnya.. Andai kata kau menjadi suri dihatiku, alangkah bertuahnya..

Kami terus menuju ke kediaman Hajar yang mengadakan majlis perkahwinan kakaknya.. Terletak dalam kawasan taman itu juga tapi lorongnya tak aku ingat pula.. Mungkin dalam hati masih memikirkan gadis di hadapanku ini..

Tema warna bagi majlis tersebut ialah warna pink.. Aku lihat dari pakaian pengantin sehinggalah sedaranya semua mengenakan warna itu.. Aku terus bersalam dengan ayah Hajar itu.. Dalam tangan yang bersalam itu, terselitlah sepucuk sampul berisi saguhati untuk pihak Tuan Rumah.. Sudah menjadi satu kebiasaan di mana setiap kenduri yang dihadiri, pasti saguhati diberikan.. Kalau tak bagi, terasa macam kekurangan pula.. Si dia memberi hadiah buat pasangan mempelai.. Huhuhu

Hidangan yang disediakan agak mengiurkan.. Gulai daging, sayur kacang, daging masak hitam dan air hijau, sama macam baju kami.. Memang dah kebetulan kot.. Aku pun tunjuk la gaya 'gentlement' menuangkan air untuknya.. Bila tiba masa untuk kami bersantap, muncul seorang pak cik yang nampak dari gayanya berusia dalam lingkungan 30-an.. Dia bersama kami menikmati hidangan yang disediakan.. Kalau kami berdua saja, tak habis la hidangan tu.. Majlis kenduri tu masih lagi mengekalkan konsep hidangan dalam talam yang kini sudah jarang diamalkan.. Aku sekadar menjamah setengah pinggan nasi je.. Malu kot dengan Si Dia..Tak pun kenyang menatap wajah ayunya.. =)

Selesai menjamu hidangan kenduri, kami mengajak Hajar untuk berbual.. Pak cik tadi sudah beransur pulang, ada jemputan di tempat lain katanya.. Banyak juga cerita kami bertiga kongsikan.. Tambah pula cerita Hajar yang mengaitkan padanan aku dan Azliana.. Secocok ucapnya.. Sambil itu dia menyakat untuk menghadiri majlis kami pula nanti.. Aku lihat Si Dia sekadar tersenyum..

Seorang demi seorang yang mengunjungi majlis itu kian beransur pulang.. Tetamu pula silih berganti.. Tapi kami masih rancak berbual.. Tambah pula adegan seorang ibu saudara Hajar yang membawa beg plastik bersama ke majlis kenduri.. Nak 'tapau' agaknya.. Aku lihat Si Dia masih lagi tertawa kesan dari adegan itu.. Hehehe

Merasakan hari beransur petang, di mana jarum jam menunjukkan tepat 3 petang, kami meminta untuk mengundurkan diri.. Aku bertanya Azliana ke mana arah tujuannya selepas ini.. Katanya nak ke kampungnya di Mahang, melawat toknya.. Lama sudah tak ketemu.. Aku memberitahunya aku tidak kemana-mana.. Cuma tak pasti untuk ke majlis kenduri sedara jauhku yang diadakan di Kota Kuala Muda.. Sebenarnya dalam hati aku hendak mengajaknya ke Jusco di Bandar Perda.. Sekadar berjalan-jalan di sana.. Tapi, aku terpaksa membekukan dalam hati..

Betapa ruginya aku.. Kalaulah aku dapat mengajaknya keluar, pasti akan lebih bermakna bagiku.. Aduh, mengapalah sikap malu ini masih lagi menjadi batu penghalang buatku.. Sedangkan kalau gadis-gadis yang lain, mudah saja aku ucapkan.. Tapi buat Si Dia ni, adalah begitu sukar sekali..

Tak mengapalah.. Masa masih ada.. Mungkin sekarang ini, aku masih teragak-agak untuk berbicara begitu.. Mana tau masa akan datang, terbuka pintu di hatiku untuk melamar hatinya.....(^.^)

2 comments:

Sang said...

angau...
hahahahahahaha...
=p

Ianya Aku.. said...

bkn angau..tp kenyataan..
hehehe