Sunday, April 26, 2009

Tentang Sesuatu..

Tanggal 2 April 1988,lahirlah seorang putera di sebuah negeri di utara tanahair..sejarah zaman kanak-kanaknya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti nakalnya..banyak menghabiskan masa di kampung,membuatkannya lasak dan aktif bersama budak-budak kampung yang lain..saat paling ditunggu- tunggu ialah apabila tiba musim menuai padi..dimana,dia sering mengikuti rakan-rakan yang lain mencari lubuk-lubuk ikan..antara ikan-ikan yg terdapat di dalam kawasan bendang ialah haruan,puyu,keli,sepat,dan selat..tak kurang juga terdapat ikan sempilai..penah juga dia dikejar seorang lelaki yang disyaki pemilik ikan yang dicurinya..
sungguh menakutkan pada masa tu..

Kemudian,setelah menjejakkan kaki ke peringkat menengah,dia sudah tidak lagi meneruskan aktiviti lamanya..masanya kini diisi dengan aktiviti lain pula..bercampur dengan rakan-rakan yang baru,dia pandai bergaya..j0in aktiviti s0sial..melepak di pusat membeli belah..apabila dapat lesen motor,dia ikut serta melakukan aktiviti yang x sepatutnya dia lakukan..akibatnya,dia telah mengalami suatu kemalangan yang agak teruk..motorsikal yang ditungganinya hancur di bahagian hadapan..syukur,dia tidak mengalami apa-apa kecederaan yang serius..akhirnya,dia insaf..tidak lagi bercampur dengan aktiviti sebegitu..
tamat persekolahan di sekolah menengah teknik,dia mula mencari kerja-kerja sambilan..antaranya,di KFC dan A&W..pada masa itu juga,dia sibuk mencari tempat-tempat untuk melanjutkan pelajaran..

Kemudian,pada Julai 2006,dia diterima masuk ke sebuah Institut Pengajian Tinggi Politeknik Ungku Omar di Ipoh..mengambil jurusan Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Automotif),dia tekad untuk mencapai keputusan yang cemerlang..akhirnya,usahanya membuahkan hasil..setelah bertungkus-lumus belajar selama 2 tahun pengajiannya,termasuk latihan perindustrian (praktikal) yang dijalani selama 6 bulan,dia menamatkan pengajian di hari konvokesyennya dengan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM@CGPA) 3.68..walaupun kurang bagus,tapi dia bersyukur..dia berharap akan menyambung lagi pengajiannya di peringkat yang lebih tinggi..

Kini,setelah tamat pengajian,dia sedang bekerja di sebuah Pusat Servis Kereta Chevrolet milik sepenuhnya Cergazam Sdn Bhd,iaitu pengedar terbesar model-model Chevrolet di Malaysia..setelah hampir 8 bulan berkhidmat di syarikat tersebut,banyak pengalaman yang ditempuhinya..

Cita-cita sebenarnya belum tercapai..dia sekarang sedang mengumpulkan seberapa banyak mungkin ilmu-ilmu praktikal dan teori..dia yakin bahawa suatu hari nanti dia bakal menjadi seseorang yang berjaya kelak..namun begitu,dia bukan berangan-angan kosong sahaja..impiannya bakal menjadi kenyataan..cuma di perlukan masa dan sokongan pelbagai pihak untuk dia berada di atas..

Sekarang,dia masih mencari pengalaman itu....................................................