Monday, May 25, 2009

Sejarah Parti Islam Se-Malaysia (PAS)


Kejayaan cemerlang PAS dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah meletakkan PAS sebagai sebuah parti pembangkang utama yang dilihat oleh rakyat berupaya mengambil alih pemerintahan negara. Semenjak 1990, PAS telah melangkah maju daripada sebuah parti pembangkang yang dianggap ‘ekstrem’ menjadi sebuah parti pemerintah yang moderat dalam melaksanakan cita-cita Islamnya bermula di Kelantan semenjak 1990, kemudian ke Terengganu pada 1999 hingga 2004, dan kini PAS mendapat kepercayaan rakyat di Kedah, Perak dan Selangor. Di Parlimen juga, PAS telah bangkit dan menguasai 10 peratus daripada kerusi Parlimen atau 25 peratus daripada keseluruhan kerusi pembangkang. Perkembangan ini meletakkan PAS dalam perhatian peminat politik, pengkaji dan juga penyelidik.

Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satupersidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.
Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis Umno bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno.

Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.

Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka. Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ darimatlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”.

Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.

Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.
PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.

Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-Umno pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, Umno pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasanya.

Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.

Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang). Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.
  • Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember.

  • Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos.

  • Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan OrganisasiDalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27.

  • Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat,dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35.

  • Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party ofMalaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28.

Sunday, May 24, 2009

Malaysian Youth Club (MYC)..

Aku mula mengikuti kelab ini sejak ianya mula ditubuhkan pada 23 November 2008 iaitu pada hari ahad kalau tak silap aku.. Ianya merupakan suatu kelab belia pada mulanya hanyalah untuk group di Friendster.. Ditubuhkan untuk mewujudkan uhkwah dikalangan belia-belia di Malaysia disamping mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah bagi megurangkan gejala sosial yang kian meruncing dikalangan belia sekarang ini.. Disini, kami mula berkenalan antara satu sama lain kerana rata-rata ahli adalah dari tempat yang berbeza..

Setelah berbulan-bulan kami berbual, bertukar-tukar cerita dan sebagainya, kami akhirnya membuat 'gathering' yang sulung di KL Sentral.. Tapi malangnya, aku tak dapat menghadiri 'gather' tersebut.. Pada 'gather' tersebut, pelbagai aktiviti yang dicadangkan antaranya seperti pengembaraan ke puncak Genting Highland..

Sewaktu mula-mula dicadangkan aktiviti tersebut, ramai di antara ahli-ahli yang berminat untuk ikut serta.. Tak kurang juga ada yang ingin bawa teman untuk menyertainya.. Tapi, penyertaan ahli makin hari makin berkurangan sehinggalah tiba di hari kemuncaknya di mana hanya 5 orang ahli sahaja yang menyertainya iaitu Aust, Nisa, Myth, Mira dan aku sendiri.. Walaupun sedih sebab penyertaan tidak begitu menggalakkan, kami tetap ceria di puncak genting itu.. Aku yang baru pertama kali mengikuti aktiviti kelab ini begitu teruja sekali.. Tak disangka, perkenalan yang bermula di laman sembang ini menjadi realiti.. Kami begitu seronok sekali di atas sana.. Pelbagai jenis permainan yang kami cuba walaupun tidak kesemuanya kerana masa yang tidak mencukupi.. Mulai dari situ, aku mula menjadi lebih rapat dengan ahli-ahli yang lain.. Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta..

Kemudian, tidak lama selepas tu, kami telah memutuskan untuk mendaftar kelab tersebut secara rasminya.. Dimulai dengan perlantikan ahli-ahli tertinggi kelab, kini kelab lebih terurus dengan lebih baik.. Setiap mesyuarat dicatat oleh setiausaha yang dilantik.. Ahli-ahli juga diterangkan tentang perihal sesebuah pertubuhan yang berdaftar.. Setiap fasal-fasal diteliti dan difahami.. Seperti kelab berdaftar yang lain, kelab ini juga dicipkan logo kekal, bendera, tujuan, misi & visi, dan lain-lain lagi yang perlu ada pada setiap pertubuhan yang berdaftar.. Warna tema kelab juga telah diputuskan iaitu warna oren bagi melambangkan identiti kelab ini..

Setelah sekian lama tidak menganjurkan 'gather', tanggal 16 Mei dipilih untuk 'gather' seterusnya yang dicadangkan di Times Square,KL.. Di mana pada hari tersebut, diadakan satu perlawanan bowling yang melibatkan kelab ini MYC menentang satu lagi kelab yang aktif dalam group Friendster iaitu 1986.. Oleh kerana kelab kami masih belum memutuskan untuk membuat baju kelab, kami sepakat untuk memakai baju berwarna hitam sebagai identiti kami.. Lain pula bagi Team 1986 yang sudah mempunyai baju kelab yang berwarna hijau, mereka mengenakan baju tersebut pada perlawanan itu..

Kehadiran ahli-ahli MYC agak memberangsangkan.. Seramai lebih kurang 15 orang ahli yang turut menyertainya.. Ada juga ahli yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memeriahkan lagi perjumpaan kali ini antaranya Oden yang datang dari Bandar Jengka, Luth dari Sabak Bernam dan aku sendiri dari Penang..

Team MYC diisytiharkan sebagai pemenang setelah dapat menewaskan Team 1986.. Trofi diberikan sebagai tanda kemenangan.. Juga turut diberikan pada pasukan yang kalah sebagai tanda saguhati.. Hari itu, adalah hari yang amat bermakna.. Kami berseronok di 'Food Court' dan pelbagai insiden yang mencuitkan hati terjadi di situ.. Sesuatu yang manis yang tak dapat dilupakan oleh diriku.. Aku berharap akan dapat ikut serta pada aktiviti yang akan datang...(^.^)



Bersama ahli di puncak genting..=)




Team MYC (baju hitam) & Team 1986 (baju hijau)

Saturday, May 23, 2009

Konvokesyen..

Akhirnya, setelah penat aku berjuang, bertungkus-lumus selama hampir 2 tahun dalam mencapai kejayaan yang cemerlang, membuahkan hasil apabila aku dapat menamatkan pengajian aku dalam bidang Sijil Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) pada hari konvokesyen yang berlangsung pada 13hb April yang lalu..


Aku menamatkan pengajian dengan keputusan HPNM 3.68.. Suatu keputusan yang agak kurang memuaskan hatiku.. Tapi, aku redha di atas kejayaan ini walaupun terpaksa menerima dengan hati yang sedikit kecewa.. Aku berharap andai kata aku dapat melanjutkan pengajian dalam peringkat diploma kelak, dapat aku tebus kembali kejayaan ini andai diizin-NYA..


Kejayaan ini tidak datang bergolek tanpa usaha yang gigih.. Ditambah pula dengan berkat doa ibubapa yang tak putus-putus mendoakan kejayaan anaknya ini.. Juga berkat doa para pendidik iaitu para pensyarah yang senantiasa mendoakan kejayaan anak didiknya.. Tak lupa juga doa dan sokongan dari rakan-rakan sekelas mahupun rakan-rakan yang di luar.. Tanpa semua ni, agak mustahil untuk aku mencapai segulung sijil ini...





Saturday, May 9, 2009

Cinta Monyet

Apa itu cinta pandang pertama..?? Aku tak pasti dengan cinta pandang pertama.. Dari mana ianya bermula, kemudian bila ianya berakhir.. Aku tak tahu adkah cinta aku ini boleh dikatakan cinta pandang pertama atau tidak.. Aku mula meminati seseorang tu sejak mula menjejakkan kaki ke sekolah menengah teknik.. Dari tingkatan 4 lg aku meminatinya.. Tapi, aku tak tahu samada dia mempunyai perasaan yang sama macam aku atau tak.. Tapi entah mengapa, aku bercinta dengan orang yang lain.. Mengapa bukan dia yang aku perlu lafazkan CINTA..??


Pada akhir tahun tingkatan 4 tu, aku mula untuk mengenalinya.. Dan juga tak lupa mengirim sepucuk kad raya untuknya sebelum tamat persekolahan pada tahun itu.. Kemudian, apabila mula menginjakkan kaki ke tingkatan 5, aku tak pernah langsung berbual dengannya walau sepatah perkataan seingat aku.. Aku pon tak tahu akan puncanya mengapa terjadi begitu.. Sehinggalah tiba ke pertengahan tahun di mana rakan sekelasku yang lain mula perasan akan hal ini.. Mereka ada bertanya aku mengapa aku tak pernah menegur rakan kelas aku tu (yang aku minat).. Bagaimana aku nak membalas jawapan mereka sedangkan aku sendiri pon tak tahu mengapa.. Aduh, mengapa aperkara sebegini terjadi pada diriku.. Bila hampir tamat hujung tahun tingkatan 5 di mana aku sedang mengambilpeperiksaan SPM, aku mendapat sepucuk kad raya lagi.. Antara isinya, dia bertanyakan mengapa aku tak menegur sepanjang tahun tu sedangkan masa di tingkatan 4, kami berbual seperti biasa.. Aku ingatkan dia marah padaku dan bergitulah sebaliknya..

Namun,hanya selepas tamat sesi persekolahan barulah kami berbual seperti biasa.. Walaupun sekadar melalui SMS..

Azliana,rupa seindah namamu..tapi apakan daya, aku terlalu takut dan malu untuk ucapkan kata-kata hatiku padamu...

Andai suatu hari nanti aku terlepas dirimu pada orang lain, aku redha.. Mungkin sudah tiada lagi jodoh antara kita.. Tapi untuk masa sekarang ini, aku perlu lakukan sesuatu untuk mendapat tempat di hatimu.....