Friday, June 5, 2009

Hari Yang Malang

Pagi ini, 5hb Jun 2009 yakni pagi Jumaat, aku seperti biasa bersiap-siap untuk ke tempat kerjaku yang letaknya kira-kira 20 KM dari kediamanku.. Entah kenapa pagi itu aku begitu tergesa-gesa hinggakan aku terlupa untuk membawa buah machang yang rakan sekerjaku inginkan.. Aku mula menghidupkan motorsikalku, memanaskan enjin untuk perlancaran enjin yang lebih berkesan..

Kesesakkan lalulintas pada pagi ini dah memang sinonim sejak dulu lagi di bandar-bandar besar yang sibuk.. Walaupun sekarang ini musim cuti persekolahan, namun kesesakkan masih lagi terasa.. Cuma tak ada la teruk sangat keadaannya..

Aku terus memecut laju motorsikalku.. Menyelit di kiri dan kanan.. Aku sering melakukan aksi seperti itu.. Memang sudah menjadi lumrah bila aku dah lewat untuk ke tempat kerja.. Tapi, sepandai mana pun aku mengendalikan motorsikal, aku tertewas jua akhirnya.. Aku gagal untuk membrek motorsikalku lalu merempuh sebuah kereta Wira Aeroback 1.5 dari arah belakang.. Aku hanya ingat ungkapan ALLAHUAKBAR.. Itu yang tiba-tiba terucap dari mulutku..

Mulanya aku cuba mengelak kenderaan di sebelah sisinya namun akibat kelalaian, aku merempuh kereta Wira tersebut.. Yang aku pasti, aku perasan yang lampu kereta terbabit pecah.. Aku dapat rasakan yang lututku amat pedih sekali.. Mungkin luka akibat rempuhan itu.. Aku cuba memperlahankan kenderaan untuk berhenti melihat kejadian yang baru menimpaku itu.. Tapi bila merasakan kereta tersebut masih tidak bergerak seinci pun, aku terus memecut motorsikal ke tempat kerja.. Dalam hati aku risau juga kalau-kalau ada orang yang mengesyaki apa-apa mengekoriku..

Aku tak peduli, janji aku tiba ke tempat kerjaku dengan selamat.. Sudahlah aku rasakan yang diriku sudah lewat.. Cuma dalam fikiranku itu, cuma takut pemandu tersebut mengecam nombor pendaftaran motorsikalku..
Bila tiba di tempat kerja, aku bertanyakan tentang hal ini pada rakan sekerjaku.. Sekadar meminta pendapat..

Akibat kejadian itu, aku mengalami luka pada lutut kiri.. Mungkin akibat hentakkan kuat pada kereta tersebut.. Motorsikalku juga turut tercalar akibat dari kejadian itu..
Aku cuma berharap kejadian itu tak akan lagi berulang.. Cukuplah hanya kejadian itu yang terakhir bagiku.....

2 comments:

AkU said...

ish.ish..
tu la hg..merempit lagi..

Ianya Aku.. said...

mana de rempitnya p0n..biasa je tu..huhuhu