Friday, March 5, 2010

Luahan Perasaan

Semalam, aku chat dengan si dia.. aku luahan pe yang aku pendam selama 5 tahun ni.. aku nekad.. apa nak jadi, aku dah sanggup ambil risiko.. walaupun sukar dijangkakan apa yang bakal berlaku, aku terpaksa luahkan jua..

Selama 5 tahun ni aku memendam harapan, adalah lebih baik aku luahkan dari aku simpan ia terlalu lama.. awal pagi tadi aku pon x pasti mengapa tiba2 boleh terdetik di hatiku nak berterus terang je dgnnya.. hinggakan dia pon terkejut.. betul jangkaanku yang dia sebenarnya x mengetahui bahawa aku meminatinya dlm diam..

Jawapan yang aku terima, aku redha.. mungkin ini bkn jodoh aku.. dia hanya boleh terima aku sekadar kwn baik.. x lebih dari tu.. mungkin kerana sudah lebih 5 tahun kami mengenali hati budi masing2.. aku terima ia dgn hati yang terbuka..

Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.. dulu aku takut2 nk bg tau sebab takut akan kehilangannya.. mungkin semalam bila aku dah dapat tau dia bukan lagi milik sesiapa, itu yg membuatkan aku berani mengambil cabaran utk meluahkannya.. sekarang, semua jawapan aku dah tau.. aku terpaksa menganggapnya sbg kawan walau hati ini pernah meletaknya di suatu sudut ruang dlm hati..

Ya Allah, aku terima ujian-Mu.. mungkin ini bukan jodoh yg Engkau tetapkan utk aku.. aku redha kehendak-Mu.. aku berharap pada-Mu agar aku bertemu jua cinta sejati aku.. cinta yang Engkau wujudkan utk setiap hamba-Mu....

Saturday, February 27, 2010

Keajaiban Berwudhu'

"Dan dirikan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar"
(Al-Ankabut: 45)

Apakah keajaiban di sebalik kita berwudhu'? Kini telah ramai pakar perubatan moden yang mengkaji kebaikan berwudhu'.

Wudhu' merupakan senjata orang mukmin.Allah berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman,apabila kamu hendak mengerjaka solat maka basuhlah mukamu dan tanganmu hingga ke siku dan sapulah kepalamu dan basuh kakimu ke dua-dua mata kaki, jika kamu junub maka mandilah, jika kamu sakit atau dalam perjalanan dalam kembali dari tempat buang air atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik, sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyusahkan kamu tetapi dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur"
(Al-Mai'dah:6)

Wudhu' tidak hanya sekadar membersikan anggota badan yang zahir dan bukan sekadar menyucikan badan yang dilakukan secara berulang kali setiap hari. Pengaruh kejiwaan dan kemuliaan rohani dan dirasakan seorang muslim setelah berwudhu' lebih besar daripada hanya sekadar diungkapkan dengan kata-kata, terutama apabila dia telah melakukan wudhu' dengan sempurna dan baik.

Wudhu' memiliki peranan yang besar bagi kehidupan seorang muslim kerana wudhu' akan menjadikannya sselalu sedar dan bertenaga dalam hidupnya. Perkara ini sebagaimana dinyatakan sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Muslim:-

"Siapa yang berwudhu', dengan sempurna, maka dosa-dosanya keluar dari badan hingga ada yang keluar dari bawah kukunya."

"Siapa yang berwudhu' kemudian dia menyempurnakan dengan membasuh kedua-dua tangan, wajahnya, menyapu kepalanya dan kedua telinga, lalu dia berdiri melaksanakan solat wajib, maka dosanya diampuni pada hari itu. Dosanya diampuni selama dia menjaga kemana kakinya berjalan, menjaga apa yang dipegang tangan yang didengar telinga, yang dilihat matanya dan selama dia mencegah dirinya terjerumus ke dalam keburukan."
(H.R Ahamad dari Abu Umamah)

Membasuh anggota wudhu' yang berfungsi menghilangkan debu di badan tertentu tidak diragui lagi manfaatnya sangat besar bagi kesihatan secara umum. Hal ini disebabkan oleh anggaota badan sepanjang hari selalu dihinggap jutaan bakteria yang berasal dari setiap ruang cubic udara. Bakteria selamanya menyerang badan melalui kulit dan di tempat-tempat yang terbuka.Hal ini dengan berwudhu', dengan berwudhu' bakteria akan hilang dengan sendiri dari permukaan kulit yang di sirami dengan air, terutama apabila diiringi dengan memijak-mijak secara baik dan menyiramkan air secara merata seperti yang diajar oleh Rasulullah S.A.W, sehingga setelah berwudhu' tidak ada lagi kotoran dan bakteria yang melekat di badan, kecuali Alllah S.W.T menghendakinya.

a) Berkumur-kumur
Kajian moden menetapkan berkumjur-kumur dapat menjaga mulut dan kerongkong dari radang dan menjaganya dari terjadi radang gusi. Hal ini keraan berkumur-kumur berfungsi memelihara gigi dan menbersihkannya dari sisa-sisa makanan yang masih melekat. Manfaat lain yang sangat penting adalah dapat menguatkan sebahagian urat wajah dan menjaga kebersihannya. Hal ini merupakan sesuatu latihan penting yang telah dikenali oleh para pakar pendidikan olah raga.
Latihan ini juga bermanfaat mencipta ketenangan jiwa bagi seseorang, apabila dia benar-benar dalam keadaan menggerakkaan urat-urat mulutnya ketika berkumur-kumur.

b) Membasuh hidung
Kajian yang dilakukan sekumpulan doktor di Universiti Alexandria menetapkan ppada umumnya, orang-orang yang erwudhu' secara berterusan hidungnya bersih dari debu, kuman dan bakteria. Sebagaimana diketahui jika kita membersihkan lubang hidung dari tempat-tempat yang biasanya menjadi sarang bakteria dan kuman, lalu dibersihkan secara berterusan, maka akan menjadikan lubang hidung bersih dan aman daripada gangguan radang dan kuman. Hal ini berpengaruh kepada kesihat badan sacara keseluruhan kerana menumpuknya bakteria di lubang hidung dapa menyebabkan bahaya bagi anggota badan lain.

c) Membasuh wajah dan kedua-dua tangan
Membasuh wajah dan kedua-dua tangan hingga kedua-dua siku memiliki manfaat yang sangat besar dalam menghilangkan debu dan bakteria, lebih-lebih lagi dalam keadaan menghilangkan peluh dari permukaan kulit. Air wudhu' juga berfungsi membersihkan kulit dari kandungan minyak yang tersimnap dari kelenjar kulit. Pada umumnya, kelejar kulit dari kandungan minyak yang tersimbap menjadi tempat yang baik bagi pembiakan kuman.So, kalau kita dah basuh InsyaAllah dah bersih.

d) Kedua-dua belah kaki
Adapun membasuh kedua-dua kaki sambil memerhati dengan baik akan menciptakan perasaan tenagn dan nyaman kerana di kakilah terletak semua urat yang berhubungan dengan seluruh anggota badan. Apabila seseorang berwudhu' dengan melihat kedua-dua kakinya dengan penuh perhatian, dia seolah-olah melihat anggota badannya secara bersama. Perkara inilah antara sebab yang akan memberikan perasaan tenang dan nyaman bagi setiap muslim setelah berwudhu'.
Subaahanallah!

Maha Suci Allah yang tiada sia-sia akan penciptaan-Nya..
Tahu tak macam mana nak kurangkan masalah selsema atau flu?
Hasil kajian doktor mengesahkan bahawa dengan berkumur-kumur dengan air setiap kali dapat mengatasi diserangnya penyakit kesejukan dan demam selsema. Walaupun dalam wudhu' tu sunat tetapi ianya amat bermanfaat. Cuba bayangkan semua benda rukun yang telah Allah tetapkan,
Subhanallah...
Kepala dari sesuatu perkara ialah Islam, tiangnya adalah solat dan puncaknya adalah jidad
(H.R. At-Tirmizi)
Semoga kita tetap beristiqamah menunaikan apaa yang telah difardhukan ke atas kita.
Wallahua'lam...

Wednesday, December 23, 2009

BUAT PEGHAYATAN BERSAMA........

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita.. Iaitu syurga..

Namun jika kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan kita ke dlm syurga..

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

Semoga bermanfaat..Smile

Bulan Muharram

Bismillahir rahmanir rahim...

AMALAN PADA 1 DAN 10 MUHARRAM

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah(Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah; “Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

Kelebihan Hari Assyuuraa' & Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.

Jawab Rasulullah: Benar!.

  • Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
  • dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
  • dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
  • dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
  • dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
  • dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
  • dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
  • dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
  • dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
  • dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

Peristiwa 10 Muharram

10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :

  1. ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
  2. ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  3. Diciptakan lautan pada 10 Muharram
  4. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
  5. Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
  6. Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
  7. Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
  8. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
  9. Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
  10. Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
  11. Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
  12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
  13. Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram
  14. Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
  15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
  16. Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
  17. Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
  18. Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
  19. Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
  20. Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
  21. Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
  22. Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharram

Peristiwa lain

  1. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  2. Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
  3. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  4. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
  5. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  6. Allah menjadikan 'Arasy.
  7. Allah menjadikan alam.
  8. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata;Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Sufyan berkata; Telah kami cuba , maka rasakan kebenarannya.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini". Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.

Abul Laits berkata; Dinamakan Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa' kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;

  1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
  2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
  3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
  4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
  5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
  6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
  7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
  8. Allah menenggelamkan Fir'aun
  9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
  10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa'. Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari Assyuuraa' kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat ini. Bulan Rejab. Allah menjadikannya sebagai kemuliaan nagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.

  1. Bulan Sya'baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi.
  2. Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk.
  3. Lailatul qadr yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
  4. Hari Idul Fitri sebagai hari pembalasan(penerimaan upah)
  5. Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah.
  6. Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.
  7. Hari Idul Adha iaitu hari berqurban.
  8. Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
  9. Hari Assyuuraa' yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa.

Dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah diberikan kepada umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka. Di bawah ini ada beberapa terjemahan hadith untuk panduan kita bersama;

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda,"Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (Riwayat Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (SahihMuslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

2. Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram.

Digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa akhir (akhir Zulhijjah) dan awal tahun (awal Muharram).

Selepas sholat subuh pada 1 Muharram digalakkan kita membacaAyatul Kursi sebanyak 360 kali dengan membaca Isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali bacaan. Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya, akan diberikan keselamatan dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki. Sesudah selesai hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali.

Berkata para ulama' salaf, empat belas (14 ) malam yang afdhal dihidupkan:

  1. Malam Awal Muharram
  2. Malam 10 Muharram
  3. Malam Awal Rejab
  4. Malam 15 Rejab
  5. Malam 27 Rejab
  6. Malam 15 Sya'ban
  7. Malam Arafah
  8. Malam 1 Syawal
  9. Malam 10 Zulhijjah
  10. Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)

Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:

a) Qiamullail b) Membaca Al-Quran c) Zikir

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."

"Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"

"Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."

"Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram" .

Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram di alaf baru ini dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Anbiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang-orang Sholihin. Semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas dalam kontek kita mendekat diri dengan sumber segala kekuatan, keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan daripada Allah SWT, Insya –Allah


Wallahu Alam.

Saturday, July 18, 2009

MURAH REZEKI

"ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan, AKHLAK hiasan jiwa & peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti."


Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kiramasih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbukabuat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doakepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2.. tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.. Cuma jangan lupadoakan ibu bapa kita setiap hari..
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. insyallah
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha).. Mari kita cuba.. Allahhuakhbar.

Insya Allah

Allahu Akbar !

Monday, July 13, 2009

GADIS MELAYU

"Siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat....."

Ianya merupakan antara sebahagian lirik lagu "Gadis Melayu" nyanyian Othman Hamzah.. Dari segi liriknya, boleh mengambarkan betapa manis dan ayunya personaliti seorang gadis Melayu.. Siapa yang tak terpesona dengan lirikan matanya, anggun ayu si dia..?? Terutama sekali bagi gadis Melayu dari negeri Kelantan, Pasir Mas.. Kata orang, gadis-gadis dari sana memang come2 belako.. Tak tau la kebenarannya..

Disini bukanlah penulis ingin membicarakan tentang gadis-gadis Melayu yang menjadi idaman hati, tapi perihal gadis Melayu yang kini ramai yang menjadi mangsa beberapa lelaki asing.. Mengapa mereka ini yang gadis Melayu pilih..? Adakah banyak kekurangan bagi lelaki Melayu itu sendiri..?

Jika kita belek akhbar-akhbar harian, terselit juga kisah anak-anak gadis Melayu yang menjadi mangsa lelaki asing.. Dari kes-kes penceraian hinggalah kes yang melibatkan penyeludupan dadah.. Walaupun sering dikhabarkan perihal kelakuan lelaki asing ini, namun masih ada yang leka.. Masih menagih cinta dan kasih sayang dari mereka walaupun tau akan kesan yang mereka alami andai mereka meneruskan jua..

Mengapa..? Persoalan ini terus diajukan acap kali timbulnya masalah ini.. Namun begitu, kes-kes ini terus menjadi dan berlarutan..

Pernah penulis membelek-belek majalah no 1 negara, Mastika.. Ada satu kisah yang memaparkan tentang golongan pendatang dari benua Afrika.. Ada diantara mereka menunjukkan minat pada gadis-gadis kita.. Seandainya mereka ini beragama Islam, ianya tidak menjadi masalah.. Bagaimana pula pada mereka yang bukan beragama Islam..? Seandainya gadis-gadis Melayu kita tinggi ilmu agamanya serta boleh berdakwah pada mat-mat Afrika untuk memeluk agama Islam, mendalami Islam, ianya suatu yang amat membanggakan.. Tapi sekiranya benda yang terjadi adalah sebaliknya, ia suatu yang menyedihkan..

Rata-rata yang diwawancara menunjukkan mereka meminati gadis-gadis kita hanyalah untuk sekadar hiburan semata-mata.. Tapi, mengapa gadis Melayu yang menjadi pilihan..? Adakah ciri-ciri lemah-lembut serta sopan -santunnya menjadi ukuran..? Jawapannya tidak.. Bagi mereka, gadis Melayu mudah didekati.. Gadis Melayu mudah cair dengan pujukan rayuan serta mudah didampingi untuk dijadikan teman.. Ini diakui sendiri oleh penulis..

Adalah amat menyedihkan melihat gadis-gadis Melayu kita ini dipermainkan, diperlakukan seperti kain buruk.. Apakah nasib mereka selepas ini..? Setelah diperlakukan macam-macam oleh golongan-golongan ini..? Adakah nasib mereka ini berterusan hingga ke lorong-lorong gelap belakang bangunan terbiar..? Menjadi pemuas nafsu bagi golongan yang kemaruk seks..? Umpama habis madu sepah dibuang.. Begitulah ungkapan bagi golongan gadis Melayu yang menjadi mangsa pendatang ini.. Akhirnya, dari seorang gadis sunti menjadi hamba lelaki di lorong-lorong gelap.. Adakah ianya berterusan hingga ke akhir hayat mereka..?

Pernah penulis terserempak dengan beberapa gadis-gadis Melayu ini berdampingan dengan lelaki Cina dan India.. Mereka ini berpelukan, saling bercium lalu menuju ke kelab-kelab malam.. Dari situ, kita boleh mengagak apa yang bakal berlaku.. Adalah begitu menyentap hati apabila melihat gadis-gadis Melayu kita diusung ke dalam kelab, dibelai, diragut kehormatannya serta dibawa masuk ke dalam kereta mewah lalu beransur pergi entah ke mana arahnya.. Itu belum lagi termasuk gadis-gadis kita yang dibelai oleh Mat-mat Saleh di Bukit Bintang.. Juga belum dikira lagi gadis-gadis Melayu yang bekerja di kelab-kelab malam, pusat-pusat karaoke dan kelab-kelab elit.. Mereka ini menjadi pelayan yang menurut sahaja kehendak pelanggan yang mengunjungi kelab tersebut asalkan di beri tips..

Jika dahulu penulis tidak percayakan bualan mulut orang ramai tentang perihal gadis Melayu ini, kini ianya menjadi nyata.. Bukan hanya mata menjadi saksi perlakuan golongan ini terhadap gadis Melayu tapi telinga ini juga pernah mendengar kata-kata yang agak membangkitkan darah penulis.. Seorang rakan sekerja di kilang dahulu yang berbangsa India pernah berkata yang gadis Melayu ini hebat apabila di bawa ranjang.

Mana hilangnya jati diri serta maruah gadis-gadis Melayu ini..? Bangsa Melayu yang terkenal dengan sikap menjaga kehormatan yang tinggi dirobek kini.. Imej ini dicalar oleh segelintir golongan yang mahu mendapat kepuasan dengan menindas bangsa yang sah-sah seagama dengannya.. Ianya sepertilah menjatuhkan agamanya juga.. Ini kerana apabila dicakap tentang Melayu, boleh dinilai apakah agama anutannya.. Bangsa Melayu beragama Islam.. Sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.. Namun, jumlah itu dikurangkan oleh segelintir yang mahukan kemewahan dunia semata-mata..

Apa tanggungjawab kita sebagai umat Melayu yang terang-terang beragama Islam untuk menyelamatkan gadis-gadis Melayu ini dari terus menjadi kain buruk mereka yang mahu menjatuhkan Islam..? Apa tidak cukupkan penghinaan mereka terhadap Islam hingga menjadikan gadi-gadis Melayu Islam ini hidangan mereka, pemuas nafsu semata-mata..? Apa peranan kita sebagai penyelamat bangsa untuk menbantu bangsa kita..? Sedangkan dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa Allah takkan membantu suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang membantunya...

Akal yang dianugrahkan bukanlah hanya anugrah semata-mata tapi digunakan untuk berfikir tentang baik dan buruk sesuatu perkara..

Renungkan..................


RENUNGAN BERSAMA

Sekadar renungan….. Kot-kot terlupa….. Memang betul tips ini, sudah lama diamalkan, insyallah, fikiran tenang,badan lapang, balik dr kerja, tak perlu fikir bukan2 @ negatif. kita takde"utang" ngan orang and this will make you more younger and happier, fit and smart…..

These are extra tips for all as given by Dr. Fadzilah Kamsah in one of the seminar...

Tatacara makan & minum
=====================
Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa Insya-Allah, Allah lipat gandakan rezeki.
Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur, otak akan 'generate'kan all of our wish & Insya-Allah, kita akan work towards it (ada semangat) dikeesokan harinya.
Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kpd pakar pemakanan,vitamin C dari buah2an yg dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.
Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja, biarkan air dlm mulut about 10 second then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus sebab air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm pankreas, perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
Seelok2nya makan malam sebelum maghrib ikut sunnah (Rasullullah makan sblm maghrib kecuali bulan Ramadhan saja masa maghrib), sebab, bagi yang tengah study (or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hours sselepas makan so, if makan at 8:30 pm, around 10:30 pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tegah malam saja, jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak tidur dalam kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam).

Tatacara di bilik air
===============
Selepas buang air kecil, berdehem 3 kali (teran sikit) boleh elak daripada dapat batu karang.
Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ikut sunnah sbb bila mengiring kekiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar.

Tatacara didik anak
================
Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajar anak (baby) tidur mengiring ke kanan ~sebab jantung (yg terletak sblh kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.
* Bagi anak2 yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan) pakaikan baju warna orange sebab warna ini boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak.

Tatacara didik diri sendiri
====================
Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.
Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg negatif. Emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & etc.

Ada 3 kategori manusia :-

1. BERJAYA: Hari ini lebih baik daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita."
Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on thatday) shall pass on his words toothers, and those to others again; andmay the last ones understand his words better that those who listen to himdirectly…

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you’ll losenothing.



Tip ini dipetik dari seminar Dr. Fadzilah Kamsah..
Wallahualam.....

20 PERKARA MENGAPA WANITA BENCIKAN LELAKI

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu.

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan!

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran.!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita.

13. PANAS BARAN
Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah !!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita.

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya?

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda.

Wednesday, July 8, 2009

Hari-hari Terakhir di Cergazam Sdn. Bhd.

Selepas detik jam 1.00 petang, tanggal 27hb Jun 2009 bersamaan 4 Rejab 1430 H, petang Sabtu, berakhirnya posisi aku sebagai juruteknik di sebuah pusat servis kenderaan Chevrolet 3S Service Centre, Prai milik syarikat penjualan model Chevrolet yang sedang meningkat naik, Cergazam Sdn. Bhd..

Memulakan kerjaya sebagai juruteknik atau lebih dikenali sebagai mekanik pada pertengahan bulan September lepas iaitu 15hb September 2008, 15 Ramadhan 1429 H, dimana umat Islam menunaikan ibadah puasa yang kebetulan jatuh pada awal bulan September 2008..

Penat yang dirasakan sepanjang bekerja di dalam bulan Ramadhan juga dirasai.. Tambahan pula perlu menyelesaikan tugasan yang agak berat merupakan suatu cabaran buat aku.. Dulu sewaktu menuntut di politeknik, banyak juga pembelajaran tentang enjin yang diajar.. Namun, apabila melangkah ke alam pekerjaan, dimana segala ilmu yang pernah dicurahkan ketika belajar dulu perlu dipraktikkan secara nyata.. Di situlah cabaran dan semangat diperlukan..

Setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, aku mula menghantar surat perletakan jawatan kepada pihak atasan.. Mula-mula memikirkan, agak sedih juga untuk meninggalkan rakan-rakan yang selama ini banyak membantu diri ini mengorak langkah untuk berjaya sehingga ke tahap sekarang.. Namun, setelah bermuhasabah, aku teruskan niat aku..

Buat rakan-rakan sekerja, Man, Jamil, Hakim, Jie, Jus, Syamim, Imah, Pak Majid, Idrus, Ainie serta Amylia, jutaan terima kasih aku ucapkan.. Tak dapat untuk aku membalas budi dan jasa baik kalian semua.. Juga tak dilupa pada Workshop Manager, En Nazman yang menerima insan ini untuk berkhidmat di pusat servis itu.. Thanks a lot guys.. Hope kalau ada kesempatan, kita berjumpa lagi..

Sekian, Wassalam.......................

~get ready..
~tukar timing belt Chevrolet Captiva..
~pandangan dalam kawasan bengkel..
~sampai 3 orang tukar absober Chevrolet Optra..
~yang penting,kerjasama..
~menservis Chevrolet Captiva..
~replace absober..

Saturday, June 6, 2009

Aku dan Dia..

Cuti sekolah ini, banyak betul undangan walimatulurus yang aku terima.. Ada yang dari rakan ayahku, dari orang kampung, sedara jauh dan tak kurang juga dari rakan sekolah lamaku..

Hari ini 6hb Jun aku diajak seseorang untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang rakan lama sekolahku, Hajar.. Seseorang itu mestilah yang istimewa dihatiku.. Siapa lagi kalau bukan Azliana.. Gadis impianku sejak dulu lagi.. Hehehe

Bagai bulan jatuh ke riba, aku terus bersetuju untuk menemani dia menghadiri majlis itu yang berlangsung di Taman Guar Perahu, kediaman bekas rakan sekelasku.. Dia berjanji untuk menunggu aku di persimpangan taman tersebut..

Jam 1.40 petang aku tiba di tempat yang dijanjikan setelah menunaikan solat zohor di Masjid Kubang Semang.. Tak disangka, dia memakai baju kurung putih yang bercorak bunga berwarna hijau, sedondon denganku.. Macam sudah berjanji je.. "Nampaknya macam ada jodoh je ni", detik hati kecilku.. Huhuhuhu

Tengah hari itu, aku tengok dia begitu anggun sekali.. Bukan senang nak melihatnya menggayakan baju kurung.. Terik tengah hari itu tak menampakkan cela baginya.. Dari jauh aku melihat wajahnya senyum padaku tatkala aku menuju ke tempatnya.. Andai kata kau menjadi suri dihatiku, alangkah bertuahnya..

Kami terus menuju ke kediaman Hajar yang mengadakan majlis perkahwinan kakaknya.. Terletak dalam kawasan taman itu juga tapi lorongnya tak aku ingat pula.. Mungkin dalam hati masih memikirkan gadis di hadapanku ini..

Tema warna bagi majlis tersebut ialah warna pink.. Aku lihat dari pakaian pengantin sehinggalah sedaranya semua mengenakan warna itu.. Aku terus bersalam dengan ayah Hajar itu.. Dalam tangan yang bersalam itu, terselitlah sepucuk sampul berisi saguhati untuk pihak Tuan Rumah.. Sudah menjadi satu kebiasaan di mana setiap kenduri yang dihadiri, pasti saguhati diberikan.. Kalau tak bagi, terasa macam kekurangan pula.. Si dia memberi hadiah buat pasangan mempelai.. Huhuhu

Hidangan yang disediakan agak mengiurkan.. Gulai daging, sayur kacang, daging masak hitam dan air hijau, sama macam baju kami.. Memang dah kebetulan kot.. Aku pun tunjuk la gaya 'gentlement' menuangkan air untuknya.. Bila tiba masa untuk kami bersantap, muncul seorang pak cik yang nampak dari gayanya berusia dalam lingkungan 30-an.. Dia bersama kami menikmati hidangan yang disediakan.. Kalau kami berdua saja, tak habis la hidangan tu.. Majlis kenduri tu masih lagi mengekalkan konsep hidangan dalam talam yang kini sudah jarang diamalkan.. Aku sekadar menjamah setengah pinggan nasi je.. Malu kot dengan Si Dia..Tak pun kenyang menatap wajah ayunya.. =)

Selesai menjamu hidangan kenduri, kami mengajak Hajar untuk berbual.. Pak cik tadi sudah beransur pulang, ada jemputan di tempat lain katanya.. Banyak juga cerita kami bertiga kongsikan.. Tambah pula cerita Hajar yang mengaitkan padanan aku dan Azliana.. Secocok ucapnya.. Sambil itu dia menyakat untuk menghadiri majlis kami pula nanti.. Aku lihat Si Dia sekadar tersenyum..

Seorang demi seorang yang mengunjungi majlis itu kian beransur pulang.. Tetamu pula silih berganti.. Tapi kami masih rancak berbual.. Tambah pula adegan seorang ibu saudara Hajar yang membawa beg plastik bersama ke majlis kenduri.. Nak 'tapau' agaknya.. Aku lihat Si Dia masih lagi tertawa kesan dari adegan itu.. Hehehe

Merasakan hari beransur petang, di mana jarum jam menunjukkan tepat 3 petang, kami meminta untuk mengundurkan diri.. Aku bertanya Azliana ke mana arah tujuannya selepas ini.. Katanya nak ke kampungnya di Mahang, melawat toknya.. Lama sudah tak ketemu.. Aku memberitahunya aku tidak kemana-mana.. Cuma tak pasti untuk ke majlis kenduri sedara jauhku yang diadakan di Kota Kuala Muda.. Sebenarnya dalam hati aku hendak mengajaknya ke Jusco di Bandar Perda.. Sekadar berjalan-jalan di sana.. Tapi, aku terpaksa membekukan dalam hati..

Betapa ruginya aku.. Kalaulah aku dapat mengajaknya keluar, pasti akan lebih bermakna bagiku.. Aduh, mengapalah sikap malu ini masih lagi menjadi batu penghalang buatku.. Sedangkan kalau gadis-gadis yang lain, mudah saja aku ucapkan.. Tapi buat Si Dia ni, adalah begitu sukar sekali..

Tak mengapalah.. Masa masih ada.. Mungkin sekarang ini, aku masih teragak-agak untuk berbicara begitu.. Mana tau masa akan datang, terbuka pintu di hatiku untuk melamar hatinya.....(^.^)