Sunday, May 24, 2009

Malaysian Youth Club (MYC)..

Aku mula mengikuti kelab ini sejak ianya mula ditubuhkan pada 23 November 2008 iaitu pada hari ahad kalau tak silap aku.. Ianya merupakan suatu kelab belia pada mulanya hanyalah untuk group di Friendster.. Ditubuhkan untuk mewujudkan uhkwah dikalangan belia-belia di Malaysia disamping mengadakan pelbagai aktiviti yang berfaedah bagi megurangkan gejala sosial yang kian meruncing dikalangan belia sekarang ini.. Disini, kami mula berkenalan antara satu sama lain kerana rata-rata ahli adalah dari tempat yang berbeza..

Setelah berbulan-bulan kami berbual, bertukar-tukar cerita dan sebagainya, kami akhirnya membuat 'gathering' yang sulung di KL Sentral.. Tapi malangnya, aku tak dapat menghadiri 'gather' tersebut.. Pada 'gather' tersebut, pelbagai aktiviti yang dicadangkan antaranya seperti pengembaraan ke puncak Genting Highland..

Sewaktu mula-mula dicadangkan aktiviti tersebut, ramai di antara ahli-ahli yang berminat untuk ikut serta.. Tak kurang juga ada yang ingin bawa teman untuk menyertainya.. Tapi, penyertaan ahli makin hari makin berkurangan sehinggalah tiba di hari kemuncaknya di mana hanya 5 orang ahli sahaja yang menyertainya iaitu Aust, Nisa, Myth, Mira dan aku sendiri.. Walaupun sedih sebab penyertaan tidak begitu menggalakkan, kami tetap ceria di puncak genting itu.. Aku yang baru pertama kali mengikuti aktiviti kelab ini begitu teruja sekali.. Tak disangka, perkenalan yang bermula di laman sembang ini menjadi realiti.. Kami begitu seronok sekali di atas sana.. Pelbagai jenis permainan yang kami cuba walaupun tidak kesemuanya kerana masa yang tidak mencukupi.. Mulai dari situ, aku mula menjadi lebih rapat dengan ahli-ahli yang lain.. Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta..

Kemudian, tidak lama selepas tu, kami telah memutuskan untuk mendaftar kelab tersebut secara rasminya.. Dimulai dengan perlantikan ahli-ahli tertinggi kelab, kini kelab lebih terurus dengan lebih baik.. Setiap mesyuarat dicatat oleh setiausaha yang dilantik.. Ahli-ahli juga diterangkan tentang perihal sesebuah pertubuhan yang berdaftar.. Setiap fasal-fasal diteliti dan difahami.. Seperti kelab berdaftar yang lain, kelab ini juga dicipkan logo kekal, bendera, tujuan, misi & visi, dan lain-lain lagi yang perlu ada pada setiap pertubuhan yang berdaftar.. Warna tema kelab juga telah diputuskan iaitu warna oren bagi melambangkan identiti kelab ini..

Setelah sekian lama tidak menganjurkan 'gather', tanggal 16 Mei dipilih untuk 'gather' seterusnya yang dicadangkan di Times Square,KL.. Di mana pada hari tersebut, diadakan satu perlawanan bowling yang melibatkan kelab ini MYC menentang satu lagi kelab yang aktif dalam group Friendster iaitu 1986.. Oleh kerana kelab kami masih belum memutuskan untuk membuat baju kelab, kami sepakat untuk memakai baju berwarna hitam sebagai identiti kami.. Lain pula bagi Team 1986 yang sudah mempunyai baju kelab yang berwarna hijau, mereka mengenakan baju tersebut pada perlawanan itu..

Kehadiran ahli-ahli MYC agak memberangsangkan.. Seramai lebih kurang 15 orang ahli yang turut menyertainya.. Ada juga ahli yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memeriahkan lagi perjumpaan kali ini antaranya Oden yang datang dari Bandar Jengka, Luth dari Sabak Bernam dan aku sendiri dari Penang..

Team MYC diisytiharkan sebagai pemenang setelah dapat menewaskan Team 1986.. Trofi diberikan sebagai tanda kemenangan.. Juga turut diberikan pada pasukan yang kalah sebagai tanda saguhati.. Hari itu, adalah hari yang amat bermakna.. Kami berseronok di 'Food Court' dan pelbagai insiden yang mencuitkan hati terjadi di situ.. Sesuatu yang manis yang tak dapat dilupakan oleh diriku.. Aku berharap akan dapat ikut serta pada aktiviti yang akan datang...(^.^)



Bersama ahli di puncak genting..=)




Team MYC (baju hitam) & Team 1986 (baju hijau)

No comments: